PENGENALAN KEPADA LANDSKAP

1. Landskap yang baik dapat melahirkan suasana yang menarik dan pemandangan yang indah

2. Keindahan landskap dapat memberi ketenangan dengan merehatkan fikiran dan seumpamanya

3. Landskap boleh dilihat sebagai usaha untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya

4. Landskap boleh dibina di mana-mana kawasan sama ada di luar atau di dalam rumah

5. Landskap juga boleh dibina di dalam bekas atau di tapak terbuka

KEPENTINGAN LANDSKAP TERHADAP KEHIDUPAN

1. Landskap memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi

a) Ekonomi

b) Alam sekitar

c) Nilai estetik

2. Landskap membantu ekonomi malalui penghiasan landskap dan melalui aktiviti pelancongan

3. Landskap yang dibina menggunakan tumbuh-tumbuhan akan dapat mengawal suhu suatu kawasan

4. Landskap juga membantu mengawal hakisan di samping mengawal pencemaran udara dan habuk

5. Pemandangan yang indah dan udara yang menyegarkan mampu menjadi daya penarik yang

mempertingkatkan estetik suatu ruang landskap

KUMPULAN TANAMAN LANDSKAP

1. Terdapat beberapa criteria yang perlu diambil kira sebelum memilih tanaman untuk landskap

2. Ciri-ciri tanaman landskap yang diambil kira adalah:-

a) Warna

b) Tekstur

c) Fungsi

3. Jenis tanaman yang biasa digunakan dalam landskap ialah

a) Pokok renek – jenis berbunga, berdaun warna dan berpagaran

b) Pokok bunga semusim – Berbuga sekali sahaja seperti keembung, marigold

c) Pokok naungan – Memberi teduhan pada kawasan tertentu - contonnya pokok ru dan sena

d) Pokok menjalar dan memanjat – menjalar di dinding, kayu atau pokok lain seperti pokok duit-duit

4. Pokok herba merupakan tumbuhan yang ditanam untuk mendapatkan unsure warna dan kegunaan ubat

tradisional seperti cekur dan lain-lain

5. Pokok palma merupakan pokok batang tunggal seperti pokok pinang dan kelapa

6. Pokok penutup bumi meliputi tumbuhan rendah dan merayap dipermukaan tanah seperti kadok

7. contoh pokok lendair adalah lidah buaya

FUNGSI TANAMAN LANDSKAP

1. Tanaman menjadi elemen utama dalam landskap

2. Tanaman ditanam untuk pelbagai fungsi yang banyak bergantung pada keadaan dan lokasi landskap dibina

3. Antara tanaman landskap seperti pokok ru berfungsi untuk memberi perlindungan dan teduhan seperti hujan,

angin, matahari dan silauan cahaya

4. Tanaman juga boleh membentuk ruang atau sempadan antara satu kawasan dengan kawasan lain

5. Tanaman landskap juga digunakan untuk menjadi penghalang pandangan yang tidak menarik seperti

longkang

6. Tanaman juga boleh digunakan untuk mengarah pergerakan atau dijadikan sebagai petunjuk arah

7. Rupa, saiz bau dan warna tumbuhan yang berbeza mampu mengurangkan kebosanan

8. Tumbuhan landskap juga boleh melembutkan pandangan kesan binaan konkrit

REKA BENTUK TAMAN MINI

1. Taman mini adalah taman yang bersaiz kecil di kawasan terhad

2. terdapat pelbagai reka bentuk yang perlu diambil kira sebelum membina taman mini

3. Antara prinsip yang selalu diamalkan ialah

a) Keringkasan

i) Gubahan perlu ringkas, teratur dan mudah dijalani

ii) Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan

b) Penumpuan

i) Penumpuan penting sebagai daya penarik landskap

ii) Ia perlu unik dan paling menarik

iii) Kewujudannya dapat dilakukan dengan gabungan warna tumbuhan yang menarik, bentuk yang unik, tekstur yang kasar atau garisan bertemu di satu tempat

c) Keanekaan

i) Menggunakan pelbagai elemen bagi mengelak rasa bosan dan mewujudkan kepelbagaian dan

reka bentuk landskap

d) Kesimbangan

i) Keseimbangan dapat mewujudkan keadaan atau perasaan yang stabil

ii) Tumbuhan yang ditanam perlu seimbang dari segi warna, bentuk dan saiz taman mini

e) Turutan

i) Perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingkat-peringkat

dilakukan bagi menentukan arah pandangan atau pergerakan

f) Skala

i) Elemen yang dipilih mestilah sepadan dengan keadaan sekeliling dan menyeimbangkan

pertalian antara saiz tumbuhan dengan tumbuhan lain dan keseluruhan ruang

SIMBOL TANAMAN DAN ELEMEN LANDSKAP

1. Dalam mereka bentuk landskap, symbol tanaman dan elemen landskap digunakan

2. Ini dapat memberikan gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman mini yang dibina

3. Antara symbol yang digunakan melibatkan pokok, tanah, symbol binaan, pergerakan air dan bayangan dari

pancaran matahari

GAMBAR RAJAH BUIH DAN PELAN INDUK

1. Pembinaan taman mini selalunya dimulai dengan membina rajah buih

2. rajah buih merupakan satu lakaran tangan yang berbentuk bulatan atau bujur telur

3. Bulatan mewakili tanaman, objek dan binaan

4. Rajah buih dilakar berskala bebas atau anggaran sahaja

5. Pelan induk merupakan gubahan terperinci mengenai idea-idea yang dicadangkan untuk pelaksanaan

6. Perkara-perkara yang ditunjukkan dalam pelan induk termasuk

a) Jenis tanaman yang digunakan

b) Susun atur tanaman

c) Kedudukan elemen focus seperti kolam

7. Petunjuk yang jelas bagi symbol perlu diberikan

8. skala yang digunakan juga perlu dinyatakan.

MEMBINA TAMAN MINI

1. Taman mini dibina dengan menanam pokok dan menyusun hiasan dalam bekas yang terbuka

2. Langkah-langkah membina taman mini adalah seperti berikut

a) Memilih bekas yang sesuai sama ada besen, taking kayu, kotak kayu, bekas kaca

b) Menyedikan bekas

c) Memasukkan medium penanaman dengan nisbah medium 3:2:1

d) Membentuk permukaan medium

e) Menanam tumbuhan

3. Taman mini dalam bekas tertutup dikenali sebagai terrarium

4. Tanaman dalam bekas seperti ini dapat mengurangkan kerja-kerja merumput dan menyiram

5. Antara langkah-langkah dalam pembinaan taman mini dalam bekas tertutup adalah seperti berikut

a) Memilih bekas yang sesuai

b) Menyediakan bahan

c) Menyediakan bekas

d) Menyediakan medium penanaman

e) Memasukkan medium ke dalam bekas

6. Taman mini di tapak atau plot boleh dibina di tapak tertentu seperti kawasan lapangan, laluan masuk atau

taman rekreasi

7. Langkah-langkah yang perlu diambil kira sebelum membina taman mini ialah

a) Memilih tapak

b) Menyediakan kawasan

c) Membentuk permukaan tanah

LANGKAH-LANGKAH MENYUSUN TANAMAN HIASAN DALAM TAMAN MINI BEKAS TERTUTUP

1. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti ketika menyusun dan menanam tanaman hiasan dalam taman

mini bekas tertutup

2. Antara langkah-langkah tersebut ialah:-

a) Membuat lubang penanaman dengan menggunakan kayu kecil

b) Guna penyepit untuk memasukkan anak pokok

c) Timbus pangkal tumbuhan dengan medium menanam dan padatkan kelilingnya

d) Siram dan tutup bekas tersebut

PENYENGGARAAN TAMAN MINI

1. Penyenggaraan bermaksud menjaga kawasan atau bekas tertentu

2. Tanaman memerlukan cahaya, air, udara dan nutrient untuk hidup subur

3. Antara kerja-kerja penyenggaraan ialah meenyiram, menyungkup, pembajaan dan pemangkasan

About these ads