PENGGUNA DAN KONSUMERISME

  1. Konsumerisme merupakan satu pergerakan social untuk mewujudkan sebuah masyarakat pengguna yang bijak, sedar dan faham tentang hak dan tanggungjawab mereka
  2. konsumerisme melibatkan tindakan pengguna secara bersatu melalui pertubuhan atau perwakilan
  3. konsumerisme bertujuan untuk membela dan melindungi kepentingan pengguna dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan sebaginya.
  4. Hak pengguna
    1. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang tahu dan sedar haknya sebagai pengguna
    2. Pengguna perlu menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pihak lain
  5. Antara hak pengguna ialah:-
    1. Hak mendapat keperluan asas
    2. Hak mendapat keselamatan
    3. Hak mendapat maklumat
    4. Hak membuat pilihan
    5. Hak bersuara
    6. Hak mendapat ganti rugi
    7. Hak mendapat pendidikan pengguna
    8. Hak mendapat alat sekitar yang sihat dan selamat

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

  1. Pengguna juga perlu bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat bagi memastikan kehidupan yang sejahtera dapat dicapai
  2. Tanggungjawab pengguna terhadap diri merangkumi

a) Membeli secara rasional dan bijak

    1. Berhati-hati ketika membeli

ii. Memastikan masa dan tempat membeli-belah dengan membandingkan harga di pelbagai tempat

iii. Membeli barang keperluan terlebih dahulu

b) Membuat belanjawan diri

Rancang perbelanjaan dengan cara menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan

c) Penglibatan dan tindakan

i.. Bertindak tegas bagi memastikan hasil urus niaga yang adil

ii. Ambil tindakan berasaskan penyelidikan dan tindakan yang sempurna.

d). Kesedaran mengkritik

i. Sentiasa berwaspada dan mempersoal tentang harga dan kualiti barang serta perkhidmatan

ii. Harus menyuarakan pendapat bagi mendapat barang dan perkhidmatan yang memuaskan.

  1. Tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat merangkumi:

a) Bersatu padu dan berkerjasama

Pengguna mesti bersatu padu dan bekerjasama untuk menuntut keadilan

b) Tanggungjawab Sosial

Pengguna perlu menyedari kesan perbuatan dan tingkah laku mereka terhadap masyarakat

c) Menjaga alam sekitar

Alam sekitar perlu dijaga supaya ia masih boleh dinikmati oleh generasi akan datang

TANGGUNGJAWAB PENGELUAR KEPADA PENGGUNA

  1. Pengeluar perlu prihatin terhadap tanggungjawab mereka kepada pengguna
  2. pengeluar bertanggungjawab mewujudkan masyarakat yang prihatin dan harmoni
  3. Antara tanggungjawab pengeluar ialah:-

a) Menjual barang dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan

b) Mengamalkan amalan perniagaan yang jujur dengan menjual pada kuantiti yang diminta oleh pengguna pada timbangan dan sukatan yang tepat

c) Mengeluarkan produk yang berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan

d) Mengeluarkan barang yang selamat digunakan

e) Memberi maklumat yang tepat tentang pengeluaran barang dan perkhidmatan yang diberikan

  1. Aduan boleh dibuat dalam dua cara, iaitu

a) secara terus

b) secara bertulis

PERANAN PERSATUAN PENGGUNA DAN KERAJAAN

  1. Antara persatuan pengguna di Malaysia ialah

a) Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP)

b) Persatuan Pengguna Selangor (SCA)

c) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  1. Antara peranan persatuaan pengguna ialah

a) Menerima dan menyiasat aduan

b) Menyebarkan maklumat

c) Membuat ujian, kajian dan penyelidikan

d) Memberi pendidikan, latihan dan kesedaran konsumerisme

e) Membantu dan menasihati pengguna

  1. Antara peranan kerajaan adalah berikut

a) Mengubal undang-undang

Bertujuan untuk memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan pengguna melakui akta-akta tertentu

b) Menguatkuasakan undang-undang

Kementerian dan agensi tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang dan akata yang berkaitan dengan pengguna

c). Menyelaras kepentingan pengguna

Menubuhkan MPPPK pada tahun 1973 untuk memberi nasihat kepada kerajaan tentang kawalan bekalan barang dan harga, mengkaji dan menilai amalan perniagaan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengguna

HAK PENGGUNA DALAM PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  1. Beberapa undang-undang telah digubal untuk melindungi pengguna daripada penyelewengan yang dilakukan oleh pengeluar.
  2. Antara undang-undang tersebut ialah

a) Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982)

b) Akta Timbang dan Sukat 1972

c) Akta Kawalan Harga 1973

d) Akta Kawalan Bekalan 1973

e) Akta Sewa Beli 1967

f) Akta Elektrik 1973

g) Peraturan Makanan 1985

h) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)

i) Akta Label 1980

j) Akta Mutu Alam Sekitar 1974

  1. Akta Perhal Dagangan memastikan pengguna diberi pengiklanan yang tidak mengelirukan
  2. Akta Kawalan Harga 1973 mewajibkan peniaga-peniaga meletakkan tanda harga pada barang
  3. Akta Timbang dan Sukat 1972 memberi hak kepada pengguna menolak penggunaan alat timbang yang tidak diperakui oleh kerajaan
  4. Akta Kawalan Bekalan 1973 memastikan pengguna mendapat bekalan yang mencukupi walaupun pada hari perayaan
  5. Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983 memberi hak kepada pengguna membeli ubatan atau barang yang menggunakan bahan kimia minimum.
  6. Peraturan Makanan 1985 menjamin pengguna berhak untuk mendapat barang yang tidak menggunakan bahan kimia yang menjejaskan kesihatan
  7. Akta Sewa Beli 1967 bertujuan untuk melindungi pembeli daripada ditipu oleh peniaga yang curang
  8. Akta Elektrik 1973 menekankan keselamatan pengguna yang berkaitan dengan penggunaan alatan elektrik
  9. Akta Label 1980 memasikan label barang mesti mengandungi lima aspek yang penting iaitu:-

a) Maklumat asas

b) Maklumat kandungan bahan

c) Arahan penggunaan

d) [etimkil dam a,aram

e) label adalah jeas dan senang dibaca

12. Akta Mutu Alam Sekitar 1974 melarang pembakaran sampah sarap di kawasan terbuka

About these ads